people

Do you do those things?

 Kisah ini ana terbaca di website iluvislam...letak dalam diari semoga dapat dijadikan peringatan buat diri ini dan sahabat2 semua...





Pada suatu hari Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat...

" Siapakah di antara kamu yang menghidupkan malamnya? "

Salman al-Farisi menjawab, " Saya, ya Rasulullah. "

Rasulullah bertanya lagi,

" Siapa yang berpuasa penuh pada setiap bulan ? "

Salman al-Farisi menjawab,

" Saya ya, Rasulullah. "

Rasulullah kemudian bertanya,

" Siapa yang khatam al-Quran pada setiap hari ? "

Salman al-Farisi menjawab lagi, 
" Saya, ya Rasulullah. "

Sahabat-sahabat yang lain berasa hairan akan jawapan Salman al-Farisi. Mereka berkata bahawa mereka tidak pernah nampak Salman al-Farisi membuat semua itu. Rasulullah s.a.w kemudiannya menyuruh Salman al-Farisi memberi penjelasan akan jawapannya itu. Salman al-Farisi menjawab,

" Aku pernah mendengar kekasihku, Rasulullah s.a.w. bersabda, sesiapa yang tidur dalam keadaan berwudhu', seolah-olah dia telah ihya' (menghidupkan) malamnya. Baginda juga pernah bersabda setiap amal kebajikan akan dibalas dengan 10 kebaikan. Aku puasa 3 hari pada setiap bulan sama dengan aku berpuasa 30 hari (sebulan). "

Rasulullah s.a.w mengiakan kata-kata Salman al-Farisi.

" Aku juga pernah mendengar Baginda bersabda sesiapa yang membaca "Qulhuwallahu Ahad" (surah al-Ikhlas) seolah-olah dia membaca 1/3 al-Quran. Aku membacanya 3 kali setiap hari. Ini seolah-olah aku telah khatamkan al-Quran. "


sumber*
 

Menara Kuwait

assalamualaikum,

                  Jalan-jalan rehatkan minda,,,barangkali itulah sbb ana keluar dengan kawan-kawan yang tinggal bersama ana..hehe..nak tahu pergi mana???haha...tak jauh manapun..cuma pergi burj kuwait(kuwait towers)...actually tak nak tipu la kan...memang dah pergi pun sebelum ni..tapi mungkin dah lama da..5 thn lepas kot..kurang pasti ^_^...yang pasti hari ni alhamdulillah dapat gi lagi..





on the way mase dlm bas...sempat lagi bergurau..yela..ceria2kan pagi anda :)..kawan ana bg komen pasal baju yg ana pakai tu..dia ckp dia tak nak ana pecat baju tu..actually baju dia pun...entahlah kenapa...nampak biasa jer.. ^_^




bergambar bersama menara...walaupun tak setinggi menara di Dubai yang katanya akan dirasmi esok..tapi okla..dapat naik yg ni pun alhamdulillah dah..






ni tiket masuk bersama brochure..bukan free tau..huhu. bayaran masuk :KD2..boleh tahan... ~background tu amik kat bunga2 kat dlm kawasan menara tu jugak..huhu..yelah manfaatkan bayaran sepenuhnyee.. :D

ni warna bunga kegemaranku..bila tengok je warna ni rasa bersemangat n happy... :d 



sebelum naik lif...ternampak ade perempuan tunggu kat meja..tapi tak tertarik pun..huhu..kesian...ghoddul basor(jaga mata) hehe...yang halaal utk dilihat ha!depan dia ni ade bunga bukan main besar(besar dr kepala ana...huhu)..ingatkan plastik,rupanya asli...huhu..


 
ha!inilah dia kuwait city dari atas...tepi belah kiri laut...belah kanan bandar...pasal tu lah kuwait  dipanggil negara teluk...huhu....betul ke?eh2 memandai-mandai plak...




nilah bandar kuwait(kuwait city)...zoom dr atas menara...kalau ikutkan sejarah..tempat ni mcm padang pasir je..bayangkan kat padang pasir ade bangunan cam gini...subhanaALLAH...




yang kawan ana sorang ni selalu dengan ana...biasalah bila dah satu bidang kan.hehe...boleh masuk laa...ni ketika kami berada kat atas menara...tgh berkhayal sorang2 dia plak mengada2 dtg amik gambar pakai self-timer...




haha...best jugak keluar ramai2 gini..tak boring..yang duk kat sebelah(tgh2) tu wakil penaja kami dan yang last tu mushrif(warden) ana...hehe..



nak tahu kami tgh berbual pasal apa???huhu..kalau dalam bahasa arab dipanggil 'diwaniyyah'..haha..buat diwaniyyah kat tempat gini..memang dlm menara tu ~gege~ laa...actually kami tgh plan2 utk rehlah seterusnyer sempena dengan cuti musim sejuk akan datang...bittaufiq insyaALLAH! 


informasi:
menara kat sini ade 3,ana huraikan ketinggian jelah yer,hehe:
1)187 meter
2)174 meter
3)113 meter